Kamis, 28 Februari 2013

Sejarah Mekah

Posted by Agunk73 On 21.39 No comments

Gambar Kaabah

Gambar  Kaabah 

MEKAH

Kota Mekah terletak di bagian Barat Kerajaan Saudi Arabia di tanah Hijaz, yang dikelilingi oleh gunung-gunung, terutama di sekitar Ka'bah. Dataran rendah di sekitar Mekah ialah Batha sebelah Timur Masjidil Haram disebut perkampungan Ma' la, sedangkan Barat Daya masjid ialah Misfalah. Rasulullah S.A.W ialah warga Ma' la kerana beliau lahir dan menetap di sana sampai tiba saatnya hijrah ke Madinah. Bahkan ketika Fath Makkah ( Pembebasan Kota Mekah), Nabi S.A.W dan para pengikutnya masuk ke Mekah dari arah Ma' la.

Terdapat tiga pintu masuk utama ke kota Mekah, yaitu Ma' la (disebut juga Hujun, iaitu bukit dimana terdapat kuburan para sahabat dan syuhada) misfalah, dan syubaikah. Kota Mekah berada dalam ketinggian kurang lebih 300 m dari permukaan laut.

Keutamaan-keutamaan Mekah

Diantara keutamaan-keutamaan Mekah ialah kerana Allah telah memilihnya sebagai; (1) tempat di bangunnya rumah ALLAH ( Baitullah); (2) Kota kelahiran dan kenabian Muhammad, penutup para Rasul; (3) tempat beribadah para hambanya serta adanya kewajiban atas mereka untuk mengunjunginya, baik dari jauh mahu pun dekat; (4) tempat yang tidak boleh seorang pun masuk kedalamnya kecuali dengan kerendahan hati, khusyu, kepala terbuka dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia; (5) tempat yang dijadikan ALLAH sebagai tanah suci yang amat, yang tidah boleh ada pertumbuhan darah; (6) tempat yang dimaksudkan untuk menghapuskan dosa-dosa masa lalu; (7) tempat yang mensyariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Ka'bah;

Minggu, 27 Juni 2010

BATU AJAIB BERJAYA SATUKAN UMMAH


Hajar Aswad, batu Mutiara berasal dari Syurga

BAITULLAH atau Kaabah tempat umat Islam melaksanakan ibadah haji. sesiapa yang berkemampuan untuk menunaikan fardu haji pasti tidak melepaskan peluang untuk melaksanakannya, lebih-lebih lagi ia adalah perintah wajib dari Allah.

Jumat, 25 Juni 2010

Nabi Ismail dan penempatan di Mekah

Nabi Ismail dan penempatan di Mekah
Nabi Ibrahim membawa Hajah dan Nabi Ismail ke sebuah lokasi yang sekarang letaknya Masjidil Haram dan meraka berhenti di bawah sebuah pokok yang sekarang terletaknya perigi Zam-zam. Nabi Ibrahim meninggalkan bekal segantang air dan sebakul buah kurma lalu meninggalkan mereka bersendirian. Apabila mereka kehabisan bekalan air,Hajah berlari-lari anak menaiki bukit Safar dengan harapan ada sesiapa yang berkemungkinan lalu lalang,Namun tiada sesiapa yang di temuinya. Maka beliau puin berlari pula ke bukit bersebelahan yang berhampiran iaitu Bukit Marwah yang mana beliau mendaki Bukit itu dan melihat di sekeliling namun masih tiada kelihatan sesiapa pun. Beliau mengulangi perbuatan itu sebanyak 7 kali. Sempena perbuatan beliau itu,hingga kini sudah menjadi amalan bagi mereka yang mengerjakan Haji dan Umrah yang dipanggil Sa’ie.
Akhirnya, datang sesorang malaikat pada lokasi perigi Zam-zam lalu malaikat itu mengali tanah gesang dengan tumitnya dan terpancarlah mata air. Dari air itu Hajah menghilangkan dahaga dan member minum kepada anaknya Nabi Ismail. Malaikat itu pun berpesan kepadanya supaya tidak bimbang kerana di sinilah terletaknya lokasi rumah Allah (masjidilharam) yang di minum anaknya itu bersama ayahnya (Nabi Ibrahim).
Maka beliau dan anaknya pun tinggal di situ beberapa kitika hingga lalunya puak Jurhum berhampiran dengan lokasi meraka. Puak ini yang sudah mahir selok-belok kawasan itu merasa terkejut serta kagum dengan kewujudan dan mata air disitu berdasarkan pengetahuan mereka, kawasan itu tidak terdapat air padanya. Selepas didapati Hajar berdiri berhampiran dengan mata air itu, maka mereka meminta kebenaran daripadanya bagi membina penempatan untuk puak mereka di situ. Permintaan itu dipersetuju oleh Hajah namum beliau menegaskan mereka tiada hak ke atas mata air itu dan hal itu dipersetujui oleh mereka.
Selepas Nabi Ismail meningkat dewasa dan penduduk kawasan itu semaik ramai, Maka puak itu pun mengawinkan salah seorang anak perempuan mereka dengan Nabi Ismail. Tidak berapa lama selepas itu, Hajah pun meninggal dunia dan Nabi Ibrahim pun menziarahi mereka.
Selepas perkahwinan itu, kedatangan Nabi Ibrahim bagi bertemu anaknya tidak kesampaian kerana Nabi Ismail tiada di rumah ketika itu. Sebaliknya, Nabi Ibrahim menemui isteri Nabi Ismail yang tidak mengenali beliau walaupun beliau adalah bapak mentuanya. Nabi Ibrahim bertanyakan keadaan hidup mereka berdua pada isteri Nabi Ismail. Beliau mengadu perihal kepayahan hidup mereka kepada Nabi Ibrahim yang baru pertama kali di jumpainya.
Perkara itu tidak di senangi Nbai Ibrahim lalu beliau meninggalkan pesan kepada anaknya supaya menukar tangga rumahnya yang memberi isyarat supaya Nabi Ismail menceraikan isterinya itu. Selepas pemergian Nabi Ibrahim, Nabi Ismail pulang kerumah dan isterinya pun menceritakan kedatangan seorang orang tua serta menyampaikan pesanan yang di tinggalkannya. Nabi ismail yang memahami isyarat ayahandanya itu lalu menceraikan isterinya.
Selepas itu beliau berkahwin lain. Nabi Ibrahim sekali lagi datang menemui Nabi Ismail, Namun peristiwa yang sama berulang apabila beliau hanya dapat menemui menantunya. Beliau menanyakan perkara yang sama denagn isteri Nabi Ismail yang baru ini sepertimana dengan isteri yang sebelumnya. Menantu yang baru itu menyatakan kesyukuran dengan apa yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Nabi Ibrahim menyenangi perilaku menantunya itu dan meninggalkan pesan supaya Nabi Ismail mengekalkan tangga rymahnya kali ini.
Selepas Nabi Ibrahim beredar, Nabi Ismail pun pulang ke rumah dan isterinya itu menceritakan apa yang berlaku ketika pemergiannya. Nabi Ismail memahami sekali lagi pesanan ayahandanya danb mengatakan pada isterinya itu yang perkahwinan mereka pasti kekal bahagia dan aman.

Jumat, 11 Juni 2010

kisah kiamat



KISAH PENGHUJUNG AKHIR ZAMAN

Sekarang kita sampai kepada pembahasan keadaan manusia penghujung akhir zaman. Semenjak zaman Adam syaitan sudah bergiat memperdaya manusia dan manusia pun ramau terpengaruh. Namun demikian di akhir zaman nanti semakin lagi ramai manusia yang mengikuti tipu daya zaman. Manusia semakin jahat sehingga nanti binatang pun turut bercakap membicarakan keadaan manusia. Bergitu juga benda-benda lain seperti tongkat,cambuk dan sandal, masing-masing geleng kepala melihat tingkah laku manusia.
Dari Abu said, Rasulullah SAW bersabda: “Belum terjadi Kiamat sehingga keluar seseorang dari rumahnya kemudian bercerita kepadanya sandalnya, cambuk atau tongkatnya tentang apa yang terjadi kepada keluargannya.”
Dari Abu said, Rasulullah SAW bersabda: “ Demi Tuhan yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya, belum terjadi kiamat sehingga binatang buas bercakap kepada manusia.”
Begitulah keadaan manusia nanti di akhir zaman. Manusia hidup bebas tanpa aturan dan tanpa batasan. Kerana tidak berpegang kepada peraturan, Khususnya ketentuan syarak, maka masyarakat menjadi kacau bilau. Banyak terjadi pencurian, pembunuhan dan sebagainya. Dalam hal pembunuhan itu manusia tidak memandang orang yang manjadi mangsanya lagi. Ada orang yang membunuh kawannya, membunuh anaknya, membunuh ayahnya, ibunya, kekasihnya dan sebagainya.

Kamis, 10 Juni 2010

benarkah Iskandar bukan Zulqarnain

Sebelum kedatang nabi Muhammad pada tahun 570AD datang Nabi Isa Lebih kurang tahun sebelumnya.Pengiraan kalender sebelum kelahiran Nabi Isa adalah disebut dengan panggilan 'sebelum Masihi'. Perkataan 'Masihi' di sini adalah sempena gelaran al- masih bagi Nabi Isa atau ringkasannya adalah BC yang bermaksud 'before Christ'.

Minggu, 06 Juni 2010

PENAKLUK JERUSALEM

SALLAHUDIN AYUBI (1138-1193M / 543H-598H)

Salahudin masih ingat sejak kecil bapa saudaranya mendidik dia menjadi panglima perang. Pada mulanya, semangat jihat ditanam dalam jiwanya. “perjuangan islam haya takut pada Allah. Hanya Allah berkuasa menghidupkan atau mematikan kita,” kata bapa saudaranya, panglima Asadudin syirkuwah.
Apabila salahudin 10 tahun, dia diajar ilmu bermain senjata sehingga dia mahir menggunakan pedang dan anak panah. Kemudian dia diajar cara-cara menunggang kuda sehingga dia berjata mengalahkan penunggang kuda yang lain. Apabila dia meningkat remaja, dia diajar ilmu peperangan.
Salahudin bin Ayubi duduk berehat bersama kawan-kawannya di bawah pohon kurma bagi melepaskan penat apabila selesai menjalani latihan tentera.
Kawasan itu sudah dijadikan tempat bagi melatihkan tentera Islam berperang. Sejak dari pagi mereka berada disitu. Selepas sembahyang subuh, Salahudin mengarahkan tenteranya sepaya menjalani latihan ketenteraan bagi meningkatkan kemahiran meraka menghadapi serangan musuh serta melakukan awal. Mereka hanya berehat apabila mahu mandi,makan dan sembahyang.
Cuaca petang semakin redup. Sinar matahari tidak lagi panas terik. Salahudin dan pasukan tenteranya keletihan tetapi tetap bersemangat. Ada antara mereka berbaring di baawh pohon kurma, ada pula yang bebual sambil bergelak-ketawa dan ada juga yang kelihatan duduk termenung. Di satu tempat berhampiran dengan sungai Aleppo, Salahudin bersama para pengawalnmya sedah berbincang.
sungguh indah kota Aleppo yang gterletak di dataran tanah tinggi kerana dari sana kita dapat melihatv lading kurma yang luas serta khemah dan rumah tanah liat berserakan. Ramai rakyat bernaung di bawah pemerintahan Sultan Nuruddin Mahmud zanky,” kata Bahaudin, sahabat baik salahudin.

Sumber

0 komentar:

Posting Komentar

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube